Tuesday, March 1, 2011

Pantai Sri Tujuh











Melayan kerenah anak sambil mengambil angin di tepi laut amat menenangkan ditambah dengan makanan laut yang segar serta air kelapa muda yang manis. Sekali-sekali berhujung minggu bersama keluarga di tempat begini dapat menghilangkan penat seminggu bekerja. Pantai Sri Tujuh yang dulunya menjadi satu tempat yang tersohor sebagai pusat pertandingan wau antarabangsa kini telah banyak berubah wajah.
Pada akhir tahun 90an hakisan yang berlaku meranapkan fasiliti yang menjadi kemudahan pengunjung. Sehinggakan suatu ketika pengunjung dilarang mandi atau mengadakan sebarang aktiviti di air ini kerana pihak berkuasa tempahan tidak mahu berlaku musibah atau sebarang kejadian yang tidak diingini.
Namun kini Pantai Sri Tujuh telah mengambil tempat di hati ramai rakyat tempatan mahupun orang dari luar. Kemudahan asas seperti tandas, tempat solat, jalan dan lain-lain telah diwujudkan menjadikan Pantai Sri Tujuh kembali menarik pengunjung.


MRSM Tumpat telah dipilih untuk dibina Pantai Sri Tujuh secara tidak langsung menaikkan taraf ekonomi setempat selain mengubah lanskap Kg Tujuh menjadi pusat pembelajaran yang lebih baik.

Namum beberapa perkara masih perlu perhatian pihak berkuasa tempatan ataupun kerajaan dalam memastikan Pantai Sri Tujuh ini sentiasa bernafas. Keadaan pantai yang kembali menghakis dengan pantai yang curam perlu satu kaedah pembaikan jangka masa panjang. Jalan-jalan rosak perlu dibaiki dan perlu penyenggaraan yang betul, jalinan jalan tepi pantai perlu diturap. Selain itu, makanan yang dijual juga tidak memuaskan, makanan seperti udang, sotong, ikan, dan lain-lain tidak segar.

Walaupun begitu, aktivit bermain layang, memancing, sukan 4x4, dan aktiviti lain yang tidak melibatkan di air boleh dan masih sesuai di anajurkan di sini. Suasana kehijauan pokok rhu dengan angin yang membadai.












Tuesday, July 20, 2010

TALI AIR KADA


Meneliti tutorial mengenai teknik-teknik mengambil gambar yang menarik dari dalam internet, saya rasa berminat untuk menghasilkan satu gambar yang baik dengan kamera tv saya. Pada petang setelah awal sampai di rumah dari tempat kerja saya cuba mencari tempat yang menarik sekitar kampung saya. Pengambaran ini berlangsung dari pukul 6 petang hingga 7.45 petang berhampiran pintu air tali Air kada di Kampung Belukar dan inilah hasil yang tidak seberapa.
Camera maker : SONY
Camera model : DLSR-A200
F-stop :f/5
Exposure time : 1/200 sec.
ISO speed : ISO-200

Monday, July 19, 2010

Persandingan Wan.


Baru-baru ni saya diajak oleh seorang rakan sekampung untuk mengiringinya semasa persandingan di rumah pengantin perempuan. Menjadi kebiasaan saya membawa kamera jenama tv saya tu ke majlis seumpama ini. Walaupun tidak dijemput sebagai photografher keinginan untuk mengambil gambar masih menjadi minat. Majlis yang diadakan pada jam 11 pagi itu berlangsung dengan sederhana tetapi penuh dengan kemeriahan.

Tahniah selamat pengantin baru wahai sahabat semoga berkekalan sampai akhir hayat.

JIKA MASUK KE LAMAN SAYA JANGAN LUPA BAGI MAKAN IKAN