Tuesday, March 1, 2011

Pantai Sri Tujuh











Melayan kerenah anak sambil mengambil angin di tepi laut amat menenangkan ditambah dengan makanan laut yang segar serta air kelapa muda yang manis. Sekali-sekali berhujung minggu bersama keluarga di tempat begini dapat menghilangkan penat seminggu bekerja. Pantai Sri Tujuh yang dulunya menjadi satu tempat yang tersohor sebagai pusat pertandingan wau antarabangsa kini telah banyak berubah wajah.
Pada akhir tahun 90an hakisan yang berlaku meranapkan fasiliti yang menjadi kemudahan pengunjung. Sehinggakan suatu ketika pengunjung dilarang mandi atau mengadakan sebarang aktiviti di air ini kerana pihak berkuasa tempahan tidak mahu berlaku musibah atau sebarang kejadian yang tidak diingini.
Namun kini Pantai Sri Tujuh telah mengambil tempat di hati ramai rakyat tempatan mahupun orang dari luar. Kemudahan asas seperti tandas, tempat solat, jalan dan lain-lain telah diwujudkan menjadikan Pantai Sri Tujuh kembali menarik pengunjung.


MRSM Tumpat telah dipilih untuk dibina Pantai Sri Tujuh secara tidak langsung menaikkan taraf ekonomi setempat selain mengubah lanskap Kg Tujuh menjadi pusat pembelajaran yang lebih baik.

Namum beberapa perkara masih perlu perhatian pihak berkuasa tempatan ataupun kerajaan dalam memastikan Pantai Sri Tujuh ini sentiasa bernafas. Keadaan pantai yang kembali menghakis dengan pantai yang curam perlu satu kaedah pembaikan jangka masa panjang. Jalan-jalan rosak perlu dibaiki dan perlu penyenggaraan yang betul, jalinan jalan tepi pantai perlu diturap. Selain itu, makanan yang dijual juga tidak memuaskan, makanan seperti udang, sotong, ikan, dan lain-lain tidak segar.

Walaupun begitu, aktivit bermain layang, memancing, sukan 4x4, dan aktiviti lain yang tidak melibatkan di air boleh dan masih sesuai di anajurkan di sini. Suasana kehijauan pokok rhu dengan angin yang membadai.












No comments:

Post a Comment

JIKA MASUK KE LAMAN SAYA JANGAN LUPA BAGI MAKAN IKAN