Sunday, April 3, 2011

Sistem Pengurusan Sisa Pepejal MPKB-BRI

Pengenalan

Majlis Penbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir hal-hal penbandaran di sekitar Bandar Kota Bharu. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan. Oleh yang demikian, kawasan luar daripada bandar Kota Bharu tetapi masih dalam daerah Kota Bharu diuruskan oleh Majlis Daerah Ketereh yang berpusat di bandar Ketereh 20 km daripada bandar Kota Baru. Daerah lain di Kelantan diuruskan oleh majllis daerah masing-masing sebagai contoh daerah Pasir Mas diuruskan oleh Majlis Daerah Pasir Mas, daerah Tumpat diuruskan oleh Majlis Daerah Tumpat dan seterusnya.

Dalam sesebuah organisasi pihak berkuasa tempatan pengurusan pelupusan sisa pepejal adalah satu aktiviti yang penting. Ini kerana imej sesebuah bandar atau penempatan akan terjejas jika pengurusan pelupusan sisa pepejal tidak berkesan.

Pelupusan sisa pepejal MPKB-BRI

MPKB-BRI adalah pihak berkuasa tempatan yang sepenuhnya menguruskan pelupusan sisa pepejal di dalam kawasan bandar Kota Bharu. Cadangan untuk menswastakan penurusan sisa pepejal di bandar Kota Bharu mungkin akan berhasil memandangkan pertambahan penduduk dan kadar penjanaan sisa pepajal yang semakin meningkat. Tapak pelupusan sisa pepejal MPKB-BRI pada mulanya adalah di Kg Sabak Mukim Pengkala Chepa, tapak berkenaan beroperasi dari tahun 1987 sehinggalah awal tahun 2010. Pada tahun 1992 MPKB-BRI telah mendapat anugerah pengurusan tapak pelupusan sisa pepajal terbaik daripada Japan International Cooperation Agency (JICA), hasil daripada itu, pihak JICA menghadiahkan sebuah jambatan timbang untuk kegunaan MPKB-BRI di pusat pelupusan sisa pepejal Kg Sabak.

Atas beberapa faktor tapak tersebut terpaksa ditutup di antaranya, sering berlaku kebakaran dan menyebabkan asap menggangu penduduk sekitar, kawasan tersebut berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, buffer zone yang semakin dekat dengan kawasan penduduk dan isu-isu lain seperti bau, lalat dan laluan lori pemampat memberi masalah kepada penduduk setempat.

Tapak pelupusan Kg. Telong Mukim Beris Lalang, Bachok.

Oleh kerana tekanan daripada penduduk sekitar Kg. Sabak dan pengurusan lapangan terbang pada akhir tahun 2010 pihak penggurusan sisa pepejal MPKB-BRI telah diarah untuk menutup tapak berkenaan dan berpindah ke tapak baru di Kg Telong Mukim Beris Lalang, Bachok. Dalam proses pemindahan tersebut MPKB-BRI terpaksa menggunakan tapak pelupusan Majlis Daerah Bachok sementara menunggu prasarana asas seperti jalan dan kemudahan lain sedang dibina di tapak baru. Tapak baru di Kg Telong terdiri daripada 3 lot tanah yang berasingan dengan keluasan 76.6 ekar. Jenis tanah dikawasan tersebut adalah kawasan gambut yang berair. Daripada pemerhatian kegunaan asal tanah tersebuh sebahagiannya adalah untuk pertanian dan yang selebihnya adalah tanah terbiar dengan belukar. Tanah tersebut adalah hak milik kerajaan negeri yang dibuat pengambilan balik tanah dengan kos Rm1.1 Juta.

Jarak tapak ini dengan pusat bandar Kota Bharu adalah sejauh lebih kurang 37 km memakan masa sehingga setengah jam dengan berkereta manakala lori pemanpat mengambil masa lebih kurang sejam bagi perjalanan sehala. Tapak pelupusan ini berada 4 km daripada jalan utama iaitu D141 jalan negeri daripada pekan Jelawat ke Tok Bali. Jalan masuk ini melalui kampung dan seterusnya melalui jalan yang tidak berturap ditepi Sungai Gali.


Kemudahan di Tapak Pelupusan Kg. Telong

Daripada taklimat yang diberikan oleh pegawai MPKB-BRI tapak ini dibuka secara tergesa-gesa dan banyak kemudahan tidak dapat disediakan. Kemudahan asas seperti jalan masuk dan pejabat pengurusan dapat disediakan walaupun pada tahap yang paling asas.

Apa yang diberitahu tapak pelupusan ini menyediakan zon penanpan sejauh 1000m daripada kediaman terdekat. Namum begitu zon penampan in tidak diwartakan dan ianya merupakan tanah persendirian. Selain itu, papan tanda amaran disediakan dikawasan ini bagi memberi peringatan akan orang awam tidak memasuk kawasan tapak pelupusan.

Peroperasian Tapak Pelupusan Kg Telong

Tapak ini menerima lebih kurang 350 tan-metrik sampah sehari kesemuanya adalah daripada sisa demostik dan perindustrian yang bernisbah 80:20 dalam kawasan MPKB-BRI sahaja. Tapak ini tidak menerima sisa klinikal, hospital dan klinik di dalam kawasan MPKB-BRI menggunakan perkhidmatan Radicare bagi tujuan pelupusan sisa klinikal dan ianya dihantar ketempat lain.

Sampah yang dihatar oleh lori pemampat MPKB-BRI adalah sebanyaj 300tan-metrik dan yang selebihnya adalah daripada pihak persendirian. Tapak pelupusan sisa pepejal ini beroperasi 7 hari seminggu dan kadar penerimaan lori adalah 21 buah lori pada siang hari dan 11 lori pada waktu malam. Pada kebiasaanya setiap lori pemampat kepunyaan MPKB-BRI akan membuat perjalanan sebanyak 2 trip sehari.

Walaupun MPKB-BRI menguruskan sepenuhnya sisa pepejal di Bandar Kota Bharu, namum masih terdapat sebahagian kecil organisasi taman-taman sekitar Bandar Kota Bharu yang menguruskan sendiri pembuangan sisa pepejal. Pihak pengurusan kecil ini dikenakan caj sebanyak sebanyak Rm 40/ lori 10 tan dan Rm 20/lori 6 tan untuk sisa domestic dan perindustrian. Pada peringkat permulaan tapak pelupusan ini menjalankan kaedah trench method, kawasan seluas 100 kaki x 120 kaki di gali dengan ke dalaman 20 kaki. Di sekeliling korekan benteng dibuat selebar 10 kaki dan ketinggian 2 kaki. Oleh kerana kawasan tanah yang tidak sesuai kaedah itu dikaji semula dan kaedah crude dumping digunakan sementara kaedah lain dapat dikenal pasti.

Jentera yang digunapakai di tapak ini adalah 1 bulldozer dan 2 excavator. Kadar kos sewa jentera ini adalah Rm 30,000.00 sebulan. Fungsi kedua-dua jentera ini adalah untuk menolak dan meratakan sampah bagi mengoptimunkan ruang.


Pemuliharaan Alam Sekitar

Satu-satunya langkah MPKB-BRI bagi memulihara alam sekitar di tapak pelupusan sampah adalah mengitar semula bahan buangan. Pada tahun 2008 satu syarikat kitar semula dari luar Kelantan bersetuju untuk memajak tempat pelupusan sampah dengan bayaran Rm 2000 sebulan. Syarikat ini akan meletakan pekerjanya ditapak pelupusan bagi mencari dan mengutip bahan-bahan yang dikitar semula. Selain daripada pekerjanya orang awam lain tidak dibenar berada di kawasan pelupusan ini.

Setelah beberapa tahun beroperasi dan melihat hasil yang lumayan syarikat tersebut beberapa syarikat lain turut berminat untuk membuat pajakan. MPKB-BRI mengambil jalan yang mudah dan adil membuka tender dan syarikat yang berjaya membayar harga tertinggi iaitu RM 3500 sebulan dalam tempoh pajakan yang tertentu. MPKB-BRI meletakan syarat kepada syarikat yang berjaya bahawa syarikat yang berjaya dan MPKB-BRI bersama-sama dalam menjaga tempat pelupusan dari segi, kebakaran, ancaman binatang liar, dan lain-lain.

Beberapa pencari bahan kitar semula (scavenger) yang ditemui menyatakan mereka bekerja secara kontrak. Bahan yang dicari mesti jual kepada pemajak di tapak pelupusan. Pembeli ataupun pemajak tapak pelupusan telah menyediakan penimbang dan tong yang sesuai bagi memudahkan scavenger menjual dan mengumpul bahan-bahan kitar semula. Purata pendapatan seorang adalah di antara Rm 70 – RM 100 sehari dengan bekerja selama 5 jam.



Kesimpulan

Pada asasnya lokasi tapak pelupusan sisa pepejal MPKB-BRI di Kg. Telong ini adalah menguntungkan penduduk kawasan bandar Kota Bharu. Ini kerana penduduk bandar Kota Bharu tidak perlu lagi menghidu bau busuk tempat pelupusan sisa pepejal ancaman peyakit bawaan vektor seperti lipas, nyamuk, lalat dan lain-lain yang datang daripada tapak pelupusan sisa pepejal. Namun begitu harga yang perlu dibaya oleh peduduk kawasan Kg Telong amat tinggi sekali. Ini bukan kerana pemilihan tapak Kg telong sebagai tapak peluppusan sisa pepajal, ini adalah kerana pengurusan MPKB-BRI dalam mengurusakan pelupusan sisa pepejal.

Banyak kelemahan-kelemahan timbul dengan hanya pemerhatian mata kasar, ini tidak meliputi hasil-hasil ujikaji yang mungkin mengejutkan. Sungai Gali contohnya hanya berada dalam linkungan kurang 500 meter daripada tapak pelupusan mungkin mungkin tercemar jika pengurusan pada tahap yang sama. Air leachate sepatutnya dikumpul dan dirawat sebelum dilepaskan ke saliran berdekatan bukan dibiarkan begitu sahaja.

Kawasan yang terbuka memudahkan binatang liar ataupun orang awam masuk dengan mudah sepatutnya berpagar dan berkunci. Walaupun ada papan tanda yang disediakan sebagai amaran namum ianya didirikan dalam kawasan tapak pelupusan. Jalan yang lebih sempurna dan tempat basuh lori pemampat sepatutnya berada di pintu keluar masuk kekawasan tapak pelupusan.

Di masa akan datang MPKB-BRI dan pengurusan sisa pepejalnya dapat mempraktikan keadah-keadah pelupusan sisa pepejal yang lebih efisyen dan ekonomi. Memandang tapak pelupusan tersebut yang baru dibuka secara tergesa-gesa, diharap ianya bukalah satu alasan selama-lamnya.

JIKA MASUK KE LAMAN SAYA JANGAN LUPA BAGI MAKAN IKAN