Pertandingan mencari harta karun dan XPDC kenderaan pacuan empat roda adalah satu aktiviti yang berlainan. Pada kali ini kelab Lipan Bara yang sinonim dengan aktiviti lasak kenderaan pacuan empat roda dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional telah julung kalinya menggabung kedua-dua aktiviti ini bagi memeriahkan XPDC DEMI NEGARA 1 MALAYSIA.
XPDC ini yang bermula pada 21 - 22 Mei 2011 dirasmikan dan dilepaskan oleh Pengarah JPP Kelantan, Makhtar Mustapha di perkarangan Stadium Mohamad ke IV pada pukul 8.30 pagi. Seramai 250 perserta dengan 64 buah kenderaan pacuan empat roda menyertai program ini termasuk perserta dari luar kelantan. Kelab-kelab radio amatur dari Kelantan juga menghatar wakil seperti Kelas RES K dari Pasir Mas, Kelab ARKB dari Kota Bharu dan tidak terlepas kelab-kelab 4x4 seperti Geduut, Padat, erat dan lain-lain lagi. Semua Peserta diberikan soalan mencari harta karun di perkarangan stadium selepas pelepasan dibuat. dan pertandingan bermula sejurus soalan dibuka. Kebanyakkan soalan boleh dijawab hanya mendapatkan pembayang disekitar bandar kota baru.
Pada awalnya peserta program ini dijangka sampai di Gua Musang pada pukul 1.00 petang, akibat daripada kekeliruan dan kesukaran untuk menjawab soalan pertandingan akhir semua peserta tiba di Gua Musang pada pukul 2.30 ptg dan di sini tamatnya soalan pertandingan mencari harta karun. Rombongan XPDC disambut meriah oleh YB Ab Aziz Yusoff, ADUN Galas di KESEDAR INN, Gua Musang. Selepas jamuan makan tengahari perserta sekali lagi dilepaskan olehh YB ADUN Galas diperkarangan KESEDAR INN untuk bertolak ke Pos Balar.
Perjalanan kedua ini pada kebiasaannya akan mengambil masa 3 - 3.5 jam untuk sampai ke Pos Balar. Setelah mula bertolak pada pukul 3.45 petang dengan kenderaan sebanyak 35, pasukan XPDC diiringi oleh PDRM yang membekalkan 1 Kereta MPV dan 2 kenderaan 4X4 jenis Land Rover Defender. Pada permulaan perjanan memasuki laluan hutan hujan turun dengan lebat dan ketua XPDC memaklumkan laluan akan berbahaya dan menasihatkan semua peserta agar berhati-hati.
Setelah 1/2jam meredah laluan balak pasukan XPDC tiba disatu tempat yang digekar R&R, ia adalah sebuah penempatan pekerja ladang kelapa sawit. Di sini ada kemudak
an tepmat rehat ruang untuk meletak kenderaan, tandas bekalan elektrik dengan bantuan generator dan beberapa lagi kelengkapa asas. Setelah kenderaan disusun semula perjalanan diteruskan.
an tepmat rehat ruang untuk meletak kenderaan, tandas bekalan elektrik dengan bantuan generator dan beberapa lagi kelengkapa asas. Setelah kenderaan disusun semula perjalanan diteruskan.
Selepas simpang 25km ke Pos Balar jalan bertambah licin akibat hujan yang lebat sebelum ini, beberapa kenderaan terpaksa ditunda kerana tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan untuk mendaki bukit. Ada juga kenderaan yng rosak dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan bagi mempercepatkan perjalanan peserta konvoi yang lain. Kerosakan seperti overheating, pancit, wiper tidak berfungsi dan lain-lain masih mampu meneruskan perjalanan dengan sidikit pembaikan.
Beberapa sungai diredah, namum kebimbangan masih terasa kerana air sungai yang deras dan paras air yang tinggi akibat hujan yang lebat. Keberanian dan pengalaman seseorang pemandu amat penting kerana teknik-teknik pemanduan kenderaan pacuan empat roda amat berbeza. Kederaan boleh terundur ke belakang atau ketebing jika pengunaan gear atau kawalan steering yang tidak betul. Kawalan minyak pada pendikit juga amat penting ini kerana kaedah 'tab minyak' untuk membetukkan kenderaan ketika menuruni bukit yang licin.
Setelah mengharungi perjalanan selama 6 jam dalam keadaan jalan yang licin dan memcabar konboi akhirnya tiba dikawasan Pos Balar namun masih tidak boleh melepasi sungai berhampiran sekolah kerana paras air mencecah 1.5meter. Ketua konvoi menasihatkan semua peserta berehat sementara menunggu paras air surut. Beberapa kenderaan marshall yang lebih tinggi dan mampu melepasi kedalaman air di arahkan untuk memgambil makanan yang disediakan disekolah. Keluarga yang membawa anak kecil dihantar untuk menyeberangi sungai. Peserta yang lain akhir dapat melepasi sungai pada pukul 12.00 malam setelah 2 jam menunggu.
Setelah sampai di perkampungan Orang Asli Pos Balas rombongan konvoi disambut dengan persembahan kugiran yang terdiri daripada remaja orang asli. Beberapa buuah lagu didendangkan dan kepenatan mengharungi jalan yang mencabar hilang sejenak melihat kemahiran anak-anak muda orang asli bermain alat muzik.
Setelah berehat pada keesokan harinya pelbagi aktiviti yang telah dirancang dimulakan seperti, acara tarik kenderaan 4x4, pertandingan tarik tali, pertandingan menyumpit, pertandingan sepak takraw dimeriah bersama-sama masyarat orang asli di Pos Balar. Orang asli di Pos Balar adalah daripada kaum Teniang dan daripada maklumat Jabatan Orang Asli beberapa buah kampung disekitar Pos Balar dengan penduduk melebihi 500 orang.